Sunday, 23 October 2011
Debaran yang Sudah Berakhir..
huh,! setelah berjurai semua peluh, akhirnya penilai untuk bilik sumber ppda sudah pun hadir. penat menunggu, mula2 dikatakan mereka akan hadir kira-kira jam 11. tpi,jam 12 baru lah mereka hadir. pelbagai soalan diajukan kepada kami, pecah perut di buat nya. diminta pula bukti bagi setiap jawapan yang diberi. terima kasih ya ALLAH kerana telah mempermudahkan urusan kami. semoga bilik sumber ppda smka agama simpang lima meraih kejayaan yang diimpikan. AMIN~
Tuesday, 18 October 2011
Pertandingan PPDa
Pihak UBK telah menjalankan beberapa pertandingan. Antara pertandingan yang telah dijalankan ialah
i) Pertandingan Membina Blog
Kumpulan1
www.kaunselingsimpang.blogspot.com
Kumpulan 2
www.ubksimpang5.blogspot.com
Kumpulan 4
www.ubksmkasl.blogspot.com
ii) Pertandingan Membina Facebook
Kumpulan 1
www.facebook.com/UBKsimpang
Kumpulan 2
www.facebook.com/pages/UBK-Sliss/263464000362281
Kumpulan 3
www.facebook.com/pages/UbK-SliSS-2011/293809380630739
Kumpulan 4
www.facebook.com/pages/UBKsmkasl/173453659405722
i) Pertandingan Membina Blog
Kumpulan1
www.kaunselingsimpang.blogspot.com
Kumpulan 2
www.ubksimpang5.blogspot.com
Kumpulan 4
www.ubksmkasl.blogspot.com
ii) Pertandingan Membina Facebook
Kumpulan 1
www.facebook.com/UBKsimpang
Kumpulan 2
www.facebook.com/pages/UBK-Sliss/263464000362281
Kumpulan 3
www.facebook.com/pages/UbK-SliSS-2011/293809380630739
Kumpulan 4
www.facebook.com/pages/UBKsmkasl/173453659405722
Hala Tuju Bilik Sumber PPDa SMKASL
Visi ppda SMK Agama Simpang Lima ialah sekolah bebas dadah 2012. Manakala misinya ialah melahirkan murid bebas dadah melalui program PPDa yang bersepadu dan menyeluruh daripada aspek pengurusan dan kepimpinan, kukorikulum dan pembangunan sahsiah. Para guru,muridbdan pengawas ppda sendiri sentiasa memahami visi dan misi ppda sekolah ini.
Fizikal Bilik Sumber PPDa SMKASL
Lokasi bilik sumber ppda terletak di tingkat 3, blok e bersebelahan dengan pusat sumber sekolah. Dengan cara ini, bilik sumber senang untuk dilawati oleh semua pelajar. Susun atur yang ada didalam bilik sumbaer ini sungguh mengagumkan. Setelah beberapa perbincangan dan kata sepakat oleh kaunselor dan ajk-ajk lain,kami telah membuat konsep yang paling mudah dan cepat. Susun atur perabot dan bahan telah disiapkan oleh pelajar-pelajar dan dibantu oleh kaunselor. Para pelajar dan guru berkorban masa untuk menyiapkan bilik sumber ini. Bilik sumber ini mempunyai pengcahayaan, pengudaraan dan keselamatan yang cukup. Kebersihan dalam bilik dan luar bilik sungguh mengagumkan. Sifat bertanggungjawab sentiasa ada dalam diri mereka.
Penyediaan Bilik Sumber PPDa
Semasa penyediaan bilik sumber ppda, seramai beberapa orang pelajar telah membantu Pn Rudzanah. Di bawah ini disertakan beberapa keping sebagai tatapan. hehe.
wah! buat kerja ke?
rajinnyalah puteri-puteri ni.
inilah antara kerja yang pernah
dihasilkan oleh pelajar-pelajar disini.
antara kejayaan yang pernah diterima
pihak ubk smka simpang lima
antara mural yang dihasilkan murid-murid
tingkatan 3 sepanjang program post pmr.
puan kaunselor yang kita sayangi.
Saturday, 15 October 2011
Visi dan Misi PPDa
VISI PPDa KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
SEKOLAH BEBAS DADAH TAHUN 2012
NEGARA BEBAS DADAH TAHUN 2015
MISI PPDa KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah yang mantap dan berkesan dalam memastikan sekolah bebas dari dadah.
VISI PPDa SMKA SIMPANG LIMA
SMKA SIMPANG LIMA GEMILANG TANPA DADAH
MISI PPDa SMKA SIMPANG LIMA
Melahirkan pelajar bebas dadah melalui pelaksanaan program pendidikan pencegahan dadah yang bersepadu dan menyeluruh dari aspek pengurusan dan kepimpinan, kurikulum, kokurikulum dan pembanguan sahsiah.
Antara cabang misi PPDa SMKA Simpang Lima :
i) Misi PPDa dalam bidang Pengurusan dan Kepimpinan
Berusaha meningkatkan pengetahuan dan kemahiran kepimpinan di kalangan para pentadbir, guru dan kakitangan sekolah melalui Latihan Dalam Perkhidmatan yang dijalankan secara berterusan.
ii) Misi PPDa dalam bidang Kurikulum
Berusaha meningkatkan prestasi akademik melalui Sistem Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan sehingga mampu mencapai tahap pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.
iii) Misi PPDa dalam bidang Kokurikulum
Berusaha meningkatkan kecemerlangan kokurikulum melalui program-program inovatif dan pencapaian terbaik dalam pertandingan peringkat daerah, negeri, kebangsaan dan antarabangsa.
iv) Misi PPDa dalam bidang Pembangunan Sahsiah
Berusaha melahirkan pelajar cemerlang yang memliki sahsiah unggul terpuji melalui program penghayatan Islam yan berksesan.
Objektif Penubuhan, Matlamat dan Motto PPDa
Unit Pendidikan Pencegahan Dadah adalah bertanggungjawab untuk melaksanakan segala aktiviti Pendidikan Pencegahan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids supaya mencapai objektif-objektif seperti berikut :
- Mempertingkatkan kesedaran tentang bahaya dadah/ancaman penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan, HIV/Aids di kalangan murid, guru dan ibubapa.
- Membina kekuatan dalaman murid dan menyediakan mereka dari segi pemikiran dan tindakan supaya menjauhi dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids
- Mengesan murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan untuk proses bimbingan pemulihan sahsiah.
- Mempastikan tindakan segera diambil untuk membantu murid yang berisiko tinggi berkaitan penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/ Aids.
- Memantau dan membimbing, membantu mengawal dan menyelia murid yang terlibat dengan penggunaan dadah, rokok, alkohol, dan inhalan supaya meninggalkan tabiat buruk mereka.
- Mengesan, membantu, membimbing dan memantau murid supaya tidak terlibat dengan HIV / Aids.
- Mewujudkan perhubungan dua hala di antara guru dengan ibu bapa, polis, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, PEMADAM, pertubuhan dan agensi lain atau masyarakat sekolah dengan masyarakat luar sekolah di dalam usaha mencegah penggunaan dadah, rokok, alkohol, inhalan dan HIV/Aids.
Bidang-bidang tugas PPDa ialah:
- Pendidikan Pencegahan Rokok
- Pendidikan Pencegahan Alkohol
- Pendidikan Pencegahan Inhalan
- Pendidikan Pencegahan Dadah
- Pendidikan Pencegahan HIV/Aids
Matlamat Penubuhan PPDa
Memberi pengetahuan, kesedaran dan keinsafan kepada murid, guru, kakitangan pendidikan dan ibu bapa agar mereka menjauhi sebarang gejala penagihan dan berupaya menentang ancaman dadah dengan meletakkan sasaran
“SMKA Simpang Lima Gemilang Tanpa Dadah”
Subscribe to:
Posts (Atom)